Monday, June 18, 2007

demi maruah,negara atau nama????????

pasti semua org tahu bermula dari kejayaan negara mengukir nama di Everest, kemudian muncul pula azhar mansor yang mengelilingi negara secara solo yang menjadi pemacu untuk seluruh rakyat malaysia berusaha mengukir nama di persada antarabangsa.

namun, sejak akhir2 ini, semakin ramai yang mahu mengukir nama sebagai seorang pencipta rekod dunia. Memang harus dibanggakan kerana sebagai seorang anak malaysia, pasti berbangga kerana bangsa kita dapat dikenali dan membuktikan bahawa org malaysia juga boleh..

Tapi timbul sedikit kekesalan pada saya apabila semakin ramai yang ingin mencipta nama. bukan sedikit wang yang diperlukan untuk program ini, tp ada yang memakan jutaan ringgit. that is the problem. Kenapa nak bazirkan duit hanya pada seorang atau golongan seperti ini. saya tidak kisah jika itu duit mereka sendiri, tetapi jika mereka menggunakan wang yang dibekalkan oleh kerajaan, pada saya ianya tidak wajar.

lebih baik digunakan wang itu untuk kegunaan bersama. Contohnya gunakanlah untuk membiayai subsidi minyak kepada rakyat atau pun untuk biasiswa pelajaran, malah boleh juga digunakan untuk membantu golongan2 susah. Tak pun gunakan duit itu untuk membina rumah2 kos rendah. Jelas semua ini untuk kegunaan bersama dan bukannya untuk perseorangan..so, kenapa perlu bazirkan wang hanya untuk nama??bukankah Malaysia sudah dikenali seluruh dunia??kenapa dalam bentuk sebegini??

cuba lihat negara luar, memberi peruntukan untuk saintis mereka membuat kajian tentang pemansan global di kutub utara sedangkan pada masa yg sama, malaysia menghantar rakyatnya untuk membuat terjunan. kemana hala tuju wawasan 2020?? apa yang saya lihat, Malaysia sukar untuk mencapai matlamat wawasan 2020 kecuali dengan peranan agensi2 luar negara..dan ditambah pula dengan masalah sosial di negara serta krisis identiti bangsa melayu..

No comments: